JULAI 2022

Abg Jo Mahu Jadikan Sibu Bandar Kembar


SIBU, Premier Sarawak,Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan Pusat Sukan Komuniti Azman Hashim di Sibujaya di sini malam ini.

Kerajaan negeri merancang untuk membangunkan bandar ini berdasarkan konsep yang dipraktikkan di Amsterdam, Belanda, sekaligus menjadi ‘bandar kembar’ kepada ibu negara Eropah itu.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pendekatan baharu yang dirancang termasuklah untuk menangani kawasan berisiko banjir, Bukit Assek dengan membina terusan air.

Katanya, pada hari ini berlangsung mesyuarat bagi membincangkan penyelesaian masalah banjir di situ.

“Jika ia dilakukan mengikut perancangan, mungkin Sibu akan menjadi seperti Amsterdam yang mempunyai terusan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Pusat Sukan Komuniti Azman Hashim di sini malam ini.

Sumber dari : Sarawakku